THABAT PERJUANGANMU SAHABAT

"INNADDIN INDALLAHI ILISLAM"

{SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM}
Electricity Lightning

Thursday 21 November 2013

:: Pengorbanan ::


Hidup memerlukan Pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan pula menentukan Kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan Kebahagiaan.

Demi 1 Perjuangan dalam hidup,sanggup berpeluh keringat,meredah derasnya air hujan,kuyup dibasahi oleh kuatnya hujan..,sanggup diredahi demi Islam tercinta...,

Bak kata seorang sahabat ana:"Hidup perlu diteruskan,Jalan perlu kehadapan,Masalah perlu dihadapi,Tawakal kepada Allah..LA TAHZAN INNALLAHAMA'ANA.."

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih kepada setiap hamba-Nya.Tidak ada daya upaya melainkan dengan kekuasaanNya sesuatu musibah atau ujian yang menimpa kepada manusia.Di dalam surah al-Baqarah ayat 216 Dia berkata: "..boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."

Di sini dapatlah diambil ibrah atau pengajaran daripada maksud yang tersirat daripada ayat tersebut bahawa sesuatu yang Allah berikan Ujian atau musibah kerana Dia mahu melihat sejauh manakah keSabaran dan keImanan seseorang hamba saat dia diUji sesuatu perkara dalam kehidupannya..
Tetapi manusia apabila ditimpa sesuatu musibah atau Ujian dia akan mempersoalkan balik 
kenapa AKU?
mengapa mesti AKU?
AKU dah buat apa yang Dia suruh?
AKU dah berusaha apa yang termampu untuk berjaya?
tapi kenapa AKU sentiasa ditimpa musibah??

ya Allah AKU rasa dah tak sanggup untuk menanggungnya lagi..AKU sudah tidak ada keKuatan untuk melangkah ombak perjuangan Ujian-Mu...ALLAHUAKBAR~~~
(situasi yang pernah dialami)


tapi,seperti yang Allah katakan dalam surah tersebut sesungguhnya Dia tahu apa yang manusia tidak tahu.Masa depan manusia tidak boleh diramal kerana Dia Maha Mengetahui akan setiap keadaan hamba-Nya.

Melalui Ujian inilah manusia akan secara automatiknya akan melaksanakan sebuah Pengorbanan dalam hidupnya kerana sistem PenTarbiyyahan yang diterima mengajar erti kehidupan yang sebenarnya.Hidup di dunia bukan sekadar bersenang lenang..,kerana akan ada  ombak-ombak dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai khalifah di bumi.

Pengorbanan dalam setiap aspek akan terlaksana kerana dengan jiwa pengorbanan itulah seseorang hamba akan sanggup mengorbankan setiap urusannya terutama mengorbankan masa,jiwa dan juga hartanya ke arah kebaikan.Dengan hanya satu pengorbanan sahaja sudah memadai menjatuhkan ego dan menyucikan balik diri daripada sifat angkuh sesama manusia dan juga Sang Pencipta.Namun,untuk mengorbankan sesuatu dalam kehidupan itu sangat sukar apabila manusia itu sendiri tidak meyakini dirinya sendiri dan juga apa yang bakal dihadapinya kelak.

Jiwa pengorbanan akan terbit dengan kerelaan hati dan ikhlas apabila kekusyukan serta kerendahan hati ada dalam diri manusia dalam setiap tindak tanduknya kerana Allah SWT.Namun,tidak dinafikan sesungguhnya hanya orang tertentu sahaja yang akan dapat merasai Halawatul Pengorbanan seandai manusia itu sendiri tahu apa,mengapa dan kenapa AKU yang mesti menghadapinya.


Pengorbanan dalam melaksanakan kerja-kerja Islam sangatlah mencabar Ujiannya akan tetapi Rasulullah dan para sahabat lebih teruk lagi Ujian yang mereka hadapi berbanding kita apabila menjelajahi akan sirah-sirah perjuangan jalan hidup para sahabat Rasulullah saw.Bahkan di dalam surah al-Baqarah ayat ke-214 juga Allah berfirman:"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Sebagai akhir kalam,sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan dalam mengharungi ombak-ombak perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan terus istiqomah dalam perjuangan hidup.Sanggup mengorbankan nyawa,jiwa dan harta untuk Islam tercinta.Kerana manusia itu kadang-kadang Imannya menaik dan kadang-kadang Imannya menurun.Saling pesan memesan antara satu sama lain.Inshaa Allah "Jika kamu menolong agamanya maka Allah akan menolong kamu dan menegakkan kedudukan kamu."



Saturday 2 November 2013

kisah sedih nabi dan umat ketika dibangkitkan

http://www.youtube.com/v/NGHp3H880gI?version=3&autohide=1&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=tT-1X83_SJyWhU8KM_k9rg&feature=share&autohide=1

Wednesday 30 October 2013

Mufti Arab Ceramah Dalam Dialek Kelate...BEST!!!

http://www.youtube.com/v/3zv0tF_F01o?version=3&autohide=1&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=WM_nRRaoJGR_y-Emp-RJZQ&autoplay=1

Heliza Helmi menceritakan pengalamannya ketika berada di Palestin

http://www.youtube.com/v/0SLJ3hWFavU?version=3&autohide=1&autohide=1&feature=share&showinfo=1&autoplay=1&attribution_tag=GQbNtunVK02FUUaAXx_PKA