Jiwa kacau woo!!Jiwa kacauuu!!!!
Stress,stress!
Masalah,masalah!!
Macam itulah apabila sang manusia ini dilanda sesuatu bala atau ujian yang menimpa dirinya.Macam dah tak tentu arah umpama "satu jasad yang tengah berehat tapi hilang roh" (nampak anggota luar tapi dalam sedang meracau mencari jalan keluar dari masalah).
Kadang-kadang manusia ini dia terlalu memikirkan masalah atau satu bala yang terjadi kepada dia,
Kadang-kadang manusia ini dia terlalu senang dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau suasana dan itu salah satu punca atau sebab dia merasa kecewa,sedih,lemah dan tak kuat,
Dan kadang-kadang manusia ini dia selalu tertanya-tanya...
Kenapa mesti Aku yang perlu diUji?
Adakah Aku banyak dosa dengan Allah?
Perlukah Aku teruskan perjuangan dalam mengharungi kepahitan Ujian dalam mencari 'Mardhotillah'?
atau
Perlukah Aku berundur untuk sementara waktu dalam perjuangan ini?
(tepuk dada tanya Iman)
Kita ini adalah seorang hamba sahabat,
Kita ini adalah seorang insan sahabat,
dan sememangnya kita semua layak diuji oleh Dia kerana kita adalah hamba Dia.
Jangan kita persoalkan Kenapa Aku??
Ibarat kita persoalkan pada Allah dan menyalahi Allah takdir yang Dia telah tuliskan kepada kita.
Ibarat kita tidak yakin akan Allah.
Akhir kalam,
Jangan cepat berputus asa dari Rahmat Ilahi dan berusaha serta pertingkatkan amal,akhlak,ilmu dan sebagainya hanya untuk mendapat 'Mardhotillah'.Berputus asa itu bukanlah akhlak orang Muslim.Allah berfirman di dalam surah al-Hijr:56 : "Tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat."
Imam Syafi'e selalu berdoa : "Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memberiku petunjuk kepada Islam tanpa aku mohon.Jadi,tunjukilah aku kepada syurga ketika aku memohonnya kepada-Mu."
Ini membuktikan bahawa sabar dan bersyukur ditimpa musibah atau ujian adalah suatu jalan menuju dan membawa kita kepada syurga.Dan dalam surah at-Taubah ayat 40 pun Allah berpesan kepada sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq,Nabi berpesan "LA TAHZAN,INNALLAHAMA'NA"
#jOm Muhasabah dan Muhasanah diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.



.jpg)

No comments:
Post a Comment