THABAT PERJUANGANMU SAHABAT

"INNADDIN INDALLAHI ILISLAM"

{SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM}
Electricity Lightning

Thursday, 18 July 2013

- RamaDhan KaReeM -




Selamat menunaikan fardhu Puasa tahun 2013.Moga Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang cukup bererti dan berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita.Anggaplah ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.

"Wahai orang yang beriman!Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu,agar kamu bertakwa."{al-Baqarah:183}

Sesungguhnya puasa itu wajib keatas setiap umat Islam kerana di dalam bulan ramadhan kita dapat memperbaiki diri serta sentiasa menjaga pertuturan daripada mengumpat dan lain-lain.

Antara kelebihan bulan yang berkat ini:

  1. Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.(Allah Maha Pengampun)
  2. Doa akan mudah dimakbulkan.
  3. Dilindungi oleh Allah swt.
  4. Beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Telah dijanjikan syurga oleh Allah.
  6. Mendapat pahala daripada kebajikan orang lain.(memberi makan kepada orang lain/sedekah)
"Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."



No comments:

Post a Comment