Bertarikh 05 Mei 2013 adalah detik-detik bersejarah di Malaysia kerana inilah yang menentukan pemimpin yang akan membawa kesejahteraan kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.Pemimpin yang berprinsip tegas dan adil terhadap rakyatnya in shaa Allah akan membawa satu perubahan kepada kemajuan negara..
Pengundi-pengundi yang bijak tengoklah dari kacamata anda sendiri dan pilihlah pemimpin anda secara fikiran yang suci dari diri anda sendiri,jangan menilai seseorang atau sesebuah parti itu dari sebelah pihak yang tak tahu betul salahnya.Kerana memilih pemimpin yang betul-betul faham Islam in shaa Allah keredhaan Allah yang diharapkan akan kecapi.Memilih pemimpin in shaa Allah akan dipertanggungjawabkan di hari Akhirat kelak.
Keadilan,Kemakmuran,Kesejahteraan,Kewibawaan dan Kesatuan 'Akidah adalah sangat penting dalam membangunkan sebuah negara yang sedang membangun sekarang.
Namun,apakan daya negara Malaysia hanya membangun dari sudut ekonomi,politik,bangunan yang tinggi dan sistem-sistem lain yang wujud di Malaysia.Apakah itu membuktikan Malaysia sudah pun membangun?Itu semua terpulang kepada individu masing-masing untuk menilai kefahaman mereka dalam konteks membangun.
-Wahai para pengundi di luar sana,sesungguhnya anda adalah Penentu Perubahan Negara Malaysia-




.jpg)

No comments:
Post a Comment