THABAT PERJUANGANMU SAHABAT
"INNADDIN INDALLAHI ILISLAM"
{SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM}
{SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM}
Wednesday, 24 July 2013
Thursday, 18 July 2013
- sahabat sejati -
Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya"
Setiap orang pasti inginkan suatu hubungan persahabatan yang kekal dan paling penting bersahabat kerana atas dasar Iman dan 'Aqidah.
Sahabat sejati ialah dia sentiasa ada bersama,
suka duka dia selalu memberi sokongan dan kata-kata semangat..
gambar ramadhan
Kebahagiaan dalam berkeluarga adalah bergantung kepada individu tersebut bagaimana mereka nak mencorak anak-anak serta pasangannya dalam mewujudkan suasana islamik dalam kalangan ahli keluarganya.
- RamaDhan KaReeM -
Selamat menunaikan fardhu Puasa tahun 2013.Moga Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang cukup bererti dan berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita.Anggaplah ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.
"Wahai orang yang beriman!Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu,agar kamu bertakwa."{al-Baqarah:183}
Sesungguhnya puasa itu wajib keatas setiap umat Islam kerana di dalam bulan ramadhan kita dapat memperbaiki diri serta sentiasa menjaga pertuturan daripada mengumpat dan lain-lain.
Antara kelebihan bulan yang berkat ini:
- Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.(Allah Maha Pengampun)
- Doa akan mudah dimakbulkan.
- Dilindungi oleh Allah swt.
- Beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.
- Telah dijanjikan syurga oleh Allah.
- Mendapat pahala daripada kebajikan orang lain.(memberi makan kepada orang lain/sedekah)
"Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."
:3 Ketenangan :3
Jiwa kacau woo!!Jiwa kacauuu!!!!
Stress,stress!
Masalah,masalah!!
Macam itulah apabila sang manusia ini dilanda sesuatu bala atau ujian yang menimpa dirinya.Macam dah tak tentu arah umpama "satu jasad yang tengah berehat tapi hilang roh" (nampak anggota luar tapi dalam sedang meracau mencari jalan keluar dari masalah).
Kadang-kadang manusia ini dia terlalu memikirkan masalah atau satu bala yang terjadi kepada dia,
Kadang-kadang manusia ini dia terlalu senang dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau suasana dan itu salah satu punca atau sebab dia merasa kecewa,sedih,lemah dan tak kuat,
Dan kadang-kadang manusia ini dia selalu tertanya-tanya...
Kenapa mesti Aku yang perlu diUji?
Adakah Aku banyak dosa dengan Allah?
Perlukah Aku teruskan perjuangan dalam mengharungi kepahitan Ujian dalam mencari 'Mardhotillah'?
atau
Perlukah Aku berundur untuk sementara waktu dalam perjuangan ini?
(tepuk dada tanya Iman)
Kita ini adalah seorang hamba sahabat,
Kita ini adalah seorang insan sahabat,
dan sememangnya kita semua layak diuji oleh Dia kerana kita adalah hamba Dia.
Jangan kita persoalkan Kenapa Aku??
Ibarat kita persoalkan pada Allah dan menyalahi Allah takdir yang Dia telah tuliskan kepada kita.
Ibarat kita tidak yakin akan Allah.
Akhir kalam,
Jangan cepat berputus asa dari Rahmat Ilahi dan berusaha serta pertingkatkan amal,akhlak,ilmu dan sebagainya hanya untuk mendapat 'Mardhotillah'.Berputus asa itu bukanlah akhlak orang Muslim.Allah berfirman di dalam surah al-Hijr:56 : "Tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat."
Imam Syafi'e selalu berdoa : "Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memberiku petunjuk kepada Islam tanpa aku mohon.Jadi,tunjukilah aku kepada syurga ketika aku memohonnya kepada-Mu."
Ini membuktikan bahawa sabar dan bersyukur ditimpa musibah atau ujian adalah suatu jalan menuju dan membawa kita kepada syurga.Dan dalam surah at-Taubah ayat 40 pun Allah berpesan kepada sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq,Nabi berpesan "LA TAHZAN,INNALLAHAMA'NA"
#jOm Muhasabah dan Muhasanah diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.
Subscribe to:
Comments (Atom)












.jpg)
.jpg)





