THABAT PERJUANGANMU SAHABAT

"INNADDIN INDALLAHI ILISLAM"

{SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM}
Electricity Lightning

Thursday, 21 November 2013

:: Pengorbanan ::


Hidup memerlukan Pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan pula menentukan Kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan Kebahagiaan.

Demi 1 Perjuangan dalam hidup,sanggup berpeluh keringat,meredah derasnya air hujan,kuyup dibasahi oleh kuatnya hujan..,sanggup diredahi demi Islam tercinta...,

Bak kata seorang sahabat ana:"Hidup perlu diteruskan,Jalan perlu kehadapan,Masalah perlu dihadapi,Tawakal kepada Allah..LA TAHZAN INNALLAHAMA'ANA.."

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih kepada setiap hamba-Nya.Tidak ada daya upaya melainkan dengan kekuasaanNya sesuatu musibah atau ujian yang menimpa kepada manusia.Di dalam surah al-Baqarah ayat 216 Dia berkata: "..boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."

Di sini dapatlah diambil ibrah atau pengajaran daripada maksud yang tersirat daripada ayat tersebut bahawa sesuatu yang Allah berikan Ujian atau musibah kerana Dia mahu melihat sejauh manakah keSabaran dan keImanan seseorang hamba saat dia diUji sesuatu perkara dalam kehidupannya..
Tetapi manusia apabila ditimpa sesuatu musibah atau Ujian dia akan mempersoalkan balik 
kenapa AKU?
mengapa mesti AKU?
AKU dah buat apa yang Dia suruh?
AKU dah berusaha apa yang termampu untuk berjaya?
tapi kenapa AKU sentiasa ditimpa musibah??

ya Allah AKU rasa dah tak sanggup untuk menanggungnya lagi..AKU sudah tidak ada keKuatan untuk melangkah ombak perjuangan Ujian-Mu...ALLAHUAKBAR~~~
(situasi yang pernah dialami)


tapi,seperti yang Allah katakan dalam surah tersebut sesungguhnya Dia tahu apa yang manusia tidak tahu.Masa depan manusia tidak boleh diramal kerana Dia Maha Mengetahui akan setiap keadaan hamba-Nya.

Melalui Ujian inilah manusia akan secara automatiknya akan melaksanakan sebuah Pengorbanan dalam hidupnya kerana sistem PenTarbiyyahan yang diterima mengajar erti kehidupan yang sebenarnya.Hidup di dunia bukan sekadar bersenang lenang..,kerana akan ada  ombak-ombak dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai khalifah di bumi.

Pengorbanan dalam setiap aspek akan terlaksana kerana dengan jiwa pengorbanan itulah seseorang hamba akan sanggup mengorbankan setiap urusannya terutama mengorbankan masa,jiwa dan juga hartanya ke arah kebaikan.Dengan hanya satu pengorbanan sahaja sudah memadai menjatuhkan ego dan menyucikan balik diri daripada sifat angkuh sesama manusia dan juga Sang Pencipta.Namun,untuk mengorbankan sesuatu dalam kehidupan itu sangat sukar apabila manusia itu sendiri tidak meyakini dirinya sendiri dan juga apa yang bakal dihadapinya kelak.

Jiwa pengorbanan akan terbit dengan kerelaan hati dan ikhlas apabila kekusyukan serta kerendahan hati ada dalam diri manusia dalam setiap tindak tanduknya kerana Allah SWT.Namun,tidak dinafikan sesungguhnya hanya orang tertentu sahaja yang akan dapat merasai Halawatul Pengorbanan seandai manusia itu sendiri tahu apa,mengapa dan kenapa AKU yang mesti menghadapinya.


Pengorbanan dalam melaksanakan kerja-kerja Islam sangatlah mencabar Ujiannya akan tetapi Rasulullah dan para sahabat lebih teruk lagi Ujian yang mereka hadapi berbanding kita apabila menjelajahi akan sirah-sirah perjuangan jalan hidup para sahabat Rasulullah saw.Bahkan di dalam surah al-Baqarah ayat ke-214 juga Allah berfirman:"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Sebagai akhir kalam,sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan dalam mengharungi ombak-ombak perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan terus istiqomah dalam perjuangan hidup.Sanggup mengorbankan nyawa,jiwa dan harta untuk Islam tercinta.Kerana manusia itu kadang-kadang Imannya menaik dan kadang-kadang Imannya menurun.Saling pesan memesan antara satu sama lain.Inshaa Allah "Jika kamu menolong agamanya maka Allah akan menolong kamu dan menegakkan kedudukan kamu."



Saturday, 2 November 2013

kisah sedih nabi dan umat ketika dibangkitkan

http://www.youtube.com/v/NGHp3H880gI?version=3&autohide=1&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=tT-1X83_SJyWhU8KM_k9rg&feature=share&autohide=1

Wednesday, 30 October 2013

Mufti Arab Ceramah Dalam Dialek Kelate...BEST!!!

http://www.youtube.com/v/3zv0tF_F01o?version=3&autohide=1&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=WM_nRRaoJGR_y-Emp-RJZQ&autoplay=1

Heliza Helmi menceritakan pengalamannya ketika berada di Palestin

http://www.youtube.com/v/0SLJ3hWFavU?version=3&autohide=1&autohide=1&feature=share&showinfo=1&autoplay=1&attribution_tag=GQbNtunVK02FUUaAXx_PKA

Sunday, 4 August 2013

IndahNya andai Kau Tahu


Sesungguhnya Islam itu mudah,
jangan kita persulitkan...

Sesungguhnya Islam itu tidak perlukan kita,
Tapi..,
Kita perlukan Islam...

Sesungguhnya Islam tidak akan tertegak di dalam negara kita..,
Selagi,
Islam tidak tertegak dalam diri kita...

Sesungguhnya Islam itu tertegak dengan dua kalimah syahadah
Aku bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah,
DAN
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Sesungguhnya Islam itu memerlukan tentera seperti al-Fateh
Untuk memperjuangkan Islam yang syumul!!
dan 
menjatuhkan musuh-musuh Islam!!

Sesungguhnya Islam itu mencari Kekuatan Generasi al-Quran
yang akan membimbing dan mempertahankan Islam
daripada musuh-musuh Islam!!

Sesungguhnya Islam itu jika kita berjuang mempertahankan Islam
inshaa Allah dengan izin-Nya SYAHID itu adalah cita-cita seorang pejuang(kita)!!



Seandainya Aku MATI ,
Biarlah Aku MATI dalam PERJUANGAN AGAMA ISLAM..,















Thursday, 18 July 2013

- sahabat sejati -




Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya"

Setiap orang pasti inginkan suatu hubungan persahabatan yang kekal dan paling penting bersahabat kerana atas dasar Iman dan 'Aqidah.

Sahabat sejati ialah dia sentiasa ada bersama,
suka duka dia selalu memberi sokongan dan kata-kata semangat..



gambar ramadhan


Kebahagiaan dalam berkeluarga adalah bergantung kepada individu tersebut bagaimana mereka nak mencorak anak-anak serta pasangannya dalam mewujudkan suasana islamik dalam kalangan ahli keluarganya.

- RamaDhan KaReeM -




Selamat menunaikan fardhu Puasa tahun 2013.Moga Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang cukup bererti dan berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita.Anggaplah ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.

"Wahai orang yang beriman!Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu,agar kamu bertakwa."{al-Baqarah:183}

Sesungguhnya puasa itu wajib keatas setiap umat Islam kerana di dalam bulan ramadhan kita dapat memperbaiki diri serta sentiasa menjaga pertuturan daripada mengumpat dan lain-lain.

Antara kelebihan bulan yang berkat ini:

  1. Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.(Allah Maha Pengampun)
  2. Doa akan mudah dimakbulkan.
  3. Dilindungi oleh Allah swt.
  4. Beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Telah dijanjikan syurga oleh Allah.
  6. Mendapat pahala daripada kebajikan orang lain.(memberi makan kepada orang lain/sedekah)
"Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu."



:3 Ketenangan :3


Jiwa kacau woo!!Jiwa kacauuu!!!!
Stress,stress!
Masalah,masalah!!

Macam itulah apabila sang manusia ini dilanda sesuatu bala atau ujian yang menimpa dirinya.Macam dah tak tentu arah umpama "satu jasad yang tengah berehat tapi hilang roh" (nampak anggota luar tapi dalam sedang meracau mencari jalan keluar dari masalah).

Kadang-kadang manusia ini dia terlalu memikirkan masalah atau satu bala yang terjadi kepada dia,
Kadang-kadang manusia ini dia terlalu senang dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau suasana dan itu salah satu punca atau sebab dia merasa kecewa,sedih,lemah dan tak kuat,
Dan kadang-kadang manusia ini dia selalu tertanya-tanya...

Kenapa mesti Aku yang perlu diUji?
Adakah Aku banyak dosa dengan Allah?
Perlukah Aku teruskan perjuangan dalam mengharungi kepahitan Ujian dalam mencari 'Mardhotillah'?
atau
Perlukah Aku berundur untuk sementara waktu dalam perjuangan ini?
(tepuk dada tanya Iman)



Kita ini adalah seorang hamba sahabat,
Kita ini adalah seorang insan sahabat,
dan sememangnya kita semua layak diuji oleh Dia kerana kita adalah hamba Dia.
Jangan kita persoalkan Kenapa Aku??
Ibarat kita persoalkan pada Allah dan menyalahi Allah takdir yang Dia telah tuliskan kepada kita.
Ibarat kita tidak yakin akan Allah.

Akhir kalam,
Jangan cepat berputus asa dari Rahmat Ilahi dan berusaha serta pertingkatkan amal,akhlak,ilmu dan sebagainya hanya untuk mendapat 'Mardhotillah'.Berputus asa itu bukanlah akhlak orang Muslim.Allah berfirman di dalam surah al-Hijr:56 : "Tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat."

Imam Syafi'e selalu berdoa : "Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memberiku petunjuk kepada Islam tanpa aku mohon.Jadi,tunjukilah aku kepada syurga ketika aku memohonnya kepada-Mu."

Ini membuktikan bahawa sabar dan bersyukur ditimpa musibah atau ujian adalah suatu jalan menuju dan membawa kita kepada syurga.Dan dalam surah at-Taubah ayat 40 pun Allah berpesan kepada sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq,Nabi berpesan "LA TAHZAN,INNALLAHAMA'NA"

#jOm Muhasabah dan Muhasanah diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.




















Tuesday, 14 May 2013

Air Mata Ujian

Ujian itu merupakan kepastian seperti Kematian yang sedang menunggu dan menanti panggilan daripada Sang Pencipta kepada Sang Malaikat Izrail untuk mencabut Nyawa hamba yang bergelar Manusia..




Ujian itu adalah dugaan terhadap hamba yang memang yakin dan pasti akan mampu dia tanggung dan hadapinya.Seperti kata seorang senior,Usahalah untuk mencari,mencari,dan terus mencarinya kerana dugaan itu sememangnya susah untuk dikawal jika  hamba itu tidak kuat untuk hadapinya,sebab itulah ada perkataan 'USAHA'..dan yakinlah dengan diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang boleh berUsaha.


Pernah dengar kata-kata 'Allah takkan mengubah sesuatu kaum,melainkan dia sendiri taknak ubah diri dia sendiri..'emm "sounds like that".

Oleh itu,Kamu,Dia,Kami,Kita,Mereka dan Aku wajiblah!
Percaya dan Yakin dengan diri sendiri,kerana tidak ada yang boleh mengubah diri kita melainkan diri sendiri.Jangan bergantung harap dengan sesuatu atau orang di sekeliling semata-mata.

'Believe or not You Must Try and Do the Best to Change Your Life'
But..,
'You must to remember that Allah will not tested you without any reason.'
'Qada 'and qadar has determined Him.'








-LA TAHZAN INNALLAHAMA'NA-











Nampak tak katak pun bagi kata-kata Taujihat/nasihat..nampak tak?

Salah silap mohon maaf dan sokonglah ana dan juga diri sendiri untuk terus kuat menghadapi ujian Dia.
In  shaa Allah.






"Mengadulah dengan Dia sebelum mengadu dengan Manusia."









Masa yang paling mustajab adalah bila seorang hamba yang hina merayu pada Dia dengan sekuat hati dan waktu itulah dia mula menangis di hadapan Allah.



Sesungguhnya apabila mengingati Allah hati akan menjadi Tenang
(itulah juga kata-kata terakhir sahabat senior pesan)


Syukran sahabat-sahabat semua yang banyak bagi sokongan dan taujihat kat Budaq ne.
Do'aku Barakallah sahabat,itu sahaja yang dapat ana bagi.
*jangan lupa kenangku dalam Do'a mu...


Sunday, 5 May 2013

-PENGUNDI BIJAK ADALAH PENENTU PERUBAHAN NEGARA-


                     
               

                               Bertarikh 05 Mei 2013 adalah detik-detik bersejarah di Malaysia kerana inilah yang menentukan pemimpin yang akan membawa kesejahteraan kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.Pemimpin yang berprinsip tegas dan adil terhadap rakyatnya in shaa Allah akan membawa satu perubahan kepada kemajuan negara..

                               Pengundi-pengundi yang bijak tengoklah dari kacamata anda sendiri dan pilihlah pemimpin anda secara fikiran yang suci dari diri anda sendiri,jangan menilai seseorang atau sesebuah parti itu dari sebelah pihak yang tak tahu betul salahnya.Kerana memilih pemimpin yang betul-betul faham Islam in shaa Allah keredhaan Allah yang diharapkan akan kecapi.Memilih pemimpin in shaa Allah akan dipertanggungjawabkan di hari Akhirat kelak.



                              Keadilan,Kemakmuran,Kesejahteraan,Kewibawaan dan Kesatuan 'Akidah adalah sangat penting dalam membangunkan sebuah negara yang sedang membangun sekarang.

                              Namun,apakan daya negara Malaysia hanya membangun dari sudut ekonomi,politik,bangunan yang tinggi dan sistem-sistem lain yang wujud di Malaysia.Apakah itu membuktikan Malaysia sudah pun membangun?Itu semua terpulang kepada individu masing-masing untuk menilai kefahaman mereka dalam konteks membangun.


-Wahai para pengundi di luar sana,sesungguhnya anda adalah Penentu Perubahan Negara Malaysia-



Thursday, 2 May 2013



-Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat-

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab r.a,dia berkata:"Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan setiap orang hanya memperolehi apa yang dia niatkan.Barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya."
(HR Bukhari dan Muslim)

Intisari dari apa yang difahamkan:
1-Dalam setiap pekerjaan yang kite buat haruslah besertakan dengan nawaitu kerana Allah.Walaupun,pekerjaan itu seperti kutip sampah di tepi jalan sekalipun in shaa Allah malaikat akan mencatit sebagai amalan kebaikan kamu.

Ada 1 kisah disebalik topik niat ne..

Selepas habes 'paper',Budaq tue pergi ke uptown nak beli makanan..tapi,rupenye dalam kocek xcukup duit nak beli makanan..waktu tue,baru habes 'paper' subjek Building services (subjek repeat).

"Hmm~~~Budaq tue mengeluh.Tapi dalam hati,hanya 1 benda dia pikir..adakah jawapan yang Aku jawab tadi betul?Aku tak nak 'repeat' utk kali kedua...'Ya Allah,Aku telah cuba Ya Allah...'matanye tibe2 msuk  habuk..":'( 

"Apalah naseb Aku,dah duit xcukup nk tggung diri sendiri..belajar pun tak seberapa sgt...duit elaun makanan pun xmsuk2 lagi.Allah~~~(asyik mengeluh jee).mudahnye Aku putus asa...."

Tiba-tiba.....

4 April 2013,pukul 0519 pm di UpTown,Kampus UiTM Seri Iskandar,Perak.

Seorang Ukhti yang comey dan baek atie,hantar mesej dekat 'Budaq' ne."Jgn la doa repeat2,sekurgnye kmu dh usaha.skrg twkal je,focus utk next paper.."


Lepas baca mesej tue,terus blaa dari uptown...dengan perasaan lapoo...
Dalam perjalanan turun tangga uptown ke Blok Anggerik,mesej 1 lagi dari ukhti tue.."Usaha seiring dgn doa n tawakal.itu je kunci kjyaan..Allah xlihat hasil tapi Allah tgok usaha kita.betulkan blik niat kita,bljar krn Allah.. "Mesej diterima pada pukul 0530 pm.

Alhamdulillah..bile baca berulang kali mesej tue,Budaq tue muhasabah balik diri dia...Tiba2 perasaan bersyukur terbit dalam diri.."Ya Allah bersyukurnya Aku kerana memperolehi dan dapat kenal seorang ukhti itu..Ya Allah Kau berkatilah dia..,jangan biarkan dia lemah seperti Aku Ya Allah,Tetapkan Imannya kepada Kau,Berilah dia kekuatan,ketabahan dan kejayaan di dunia dan di akhirat..amen."

Setiap kali rindu dengan ukhti tue,Budaq tue akan dengar lagu ne-
Rindu Muhammadku nyanyian Hadad Alwi


Sesungguhnya banyak perkara 'Budaq' tue buat ukhti sakit hati/pernah mengguris perasaan ukhti,maafkanlah budaq yang xmatang sangat.


Kadang2 'Budaq Tue' senyum atau buat2 lawak giler sebenaqnye dia nak hilang stress dia...
cume,kadang2 shbt2 dia xperasan..sbab dia berusaha sehabes2 taknak tunjuk,tapi akan ade jugak shbt lain perasan.. :)

Dan 'Budak tue' pun telah cuba menjadi S/U sebaik mungkin,walaupun xseberape baek..





mungkin....??



xpernah pun menyesal,malah sangat2 bersyukur.. :D

Syukran jiddan ukhti,ats Memori Terindah.
Barakallah. ^_^,

















Saturday, 27 April 2013




     

       
 Persahabatan itu Indah andai disirami dengan Iman..

             Saat pertemuan kite,itulah akan menimbulkan suatu molekul2 dalam diri...andai ditakdirkan kite tak pernah bersua,mungkin perSahabatan kite semua takkan terjalin indah bak ''ladybird''.

             Namun,takdir telah menentukan itu semua..Oleh itu sahabat2 hargailah sahabatmu waktu susah dan senang kerana sahabat seperti itu amat2 diharapkan dalam hidup berukhwah.

Jadilah Sahabat yang hadirnya,
dinanti dan dirindui..,
kerana mencari Sahabat sejatidan jujur..
ibarat mencari sebutir Permata..,
disebalik timbunan kaca...

Dislove,Islove,
Delove,Bestlove,
Waylove,2love,
Saylove,Datlove,
I'mlove,Reallylove,
Luckylove,Tolove,
Havelove,Ulove,Aslove,
Mylove,Kindlove,Sweetlove,
Friendslove...
...4eVer...
Now read it again without the word 'love'.
cute rigth?

Kate2 dptik drp seorng Sahabat








Monday, 22 April 2013

Ukhwah Fillah 4eVer



Salamualaikum wbt.
Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur untuk menulis blog.Dah lama xsinggah blog ana,terlalu sibuk dengan akademik dan persatuan kat kampus..

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selawat ke atas Nabi Muhammad saw,moga kita semua mendapat syafaarnya in shaa Allah


Ukhwah Fillah


              Perkongsian ana hari ne ttg "Ukhwah Fillah"..sapa tau apa itu "Ukhwah Fillah"??
                                                                          Anyone??

Mengikut apa yang ana belajar daripada Usrah,Ukhwah maknanya perSaudaraan dalam Islam yang bersandarkan Iman kerana Allah semata-mata.Macam lagu 'Seiring Sehaluan-UNIC',"Silaturrahim ini tak akan terpisah,kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat~~" & "Bertemu berpisah kerana Allah~~"


              Lirik Seiring Sehaluan-UNIC

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita



Hari yang indah

Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita



Berpesan mengingati

Dituntut agama

Kita bagaikan satu keluarga


Silaturrahim ini tak akan terpisah

Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian

Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



Demi satu kejayaan

Perlu pengorbanan

Keazaman juga ketabahan


Inilah kehidupan menuntut kesungguhan

Tak semudah indahnya khayalan

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian

Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



Allahu Akbar Allah Maha Besar

Lailaha Illallah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian

Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian

Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


    Haaa...nampak tak,sekali ngn lirik ana bagi..betapa semangatnya ana nk smpaikan untk korang... =)
Yelah tajuknya pun Best..bak kata Boboiboy Terbaekkk (Y)...

                                                           Sahabat yang Baik,
                                                    Akan membawa ke syurga..,
                                                      Sahabat yang Berhati Mulia,
                                                    Membawa kita ke jalan Allah....

                                                               Am I right??
                                                                so sWeet
                                                                    n
                                                                so cUtekan?

"Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar."

                                                     -Riwayat al-Bukhari dan Muslim- 





Sahabat sekalian,Binalah Persahabatan korang ats dasar Iman,kerana itulah yang akan mengeratkan lagi persahabatan korang..hargailah sahabat2 yang ada sekarang,jika sahabat itu sentiasa ada dengan kamu wkt kamu dlm susah dan senang itulah baru dinamakan betul2 sahabat sejati..

Kerana "Dia" tau,utk bina sebuah perSahabatan itu bukannya senang,pelbagai dugaan yg datang utk membina sebuah perSahabatan...





 
Kereta Kayu yang ana sayang

Kereta bukan sebarang kereta,
Kayu bukan sebarang kayu..,
Kereta Kayu bukannya permainan...,
Namun ianya sebuah Kereta Kayu mainan..,
yang membawa seJuta Pengertian ...
bagi Diri Ini...

kenape?mazha?

Kerananya ianya adalah pemberian daripada seorang Sahabat ana satu kampus...ana selalu bawak kereta ne ke hulu ke hilir itulah tanda ana sgt2 syg ngn kereta kayu mainan ne.
Banyak kenangan ana ngn kereta kayu ne,bila rindu ngn 'Sahabat ne' dan Sahabat2 yang lain,ana akn bwk kluo kereta mainan ne..so sweet~~~ =)


anak buah tersayang adk Danish mengucapkan syukran kerana sudi meluangkan masa membaca sedikit perkongsian yang tak berapa best sgt..

syukran wa aasif
Barakallah..



salah tlong laa tgur..


Memilih Pemimpin Tanggungjawab Kita


              
                               
                   Pemimpin???Hmmmm....apa yg dimaksudkan dengan pemimpin? ade sapa2 phm apa yg dimksudkn dgn pemimpin??

                Sedikit dari apa yg ana taulaa pasal pemimpin,kalo salah tlong tegur naa.

      Melalui kajian yg ana 'search',pemimpin ne adalah amanah yg berat utk dipikul..dan tanggungjawabnya pun akan ditanya oleh Allah pd hari Perhitungan nanti,Oleh itu,tanggungjawab kita semualaa utk bijak memilih pemimpin yg beramanah dan berpegang teguh dgn al-Quran dan Hadis..Am I right? =)

  Peranan seorang Pemimpin satunya mestilah pandai memandu (muwajjih) rakyatnya kearah kebaikan.
Kerana,


  Ciri2 Pemimpin yang adil dan ber'amanah ialah:




            Kita boleh ambil contoh Sultan Muhammad al-Fateh,macam mana beliau memimpin tenteranya dan negara..Beliau adalah orang yg disebut oleh Rasulullah saw : "Akan dibebaskan Konstantinopel itu,Maka sebaik-baik raja,itulah rajanya..,sebaik-baik tentera itulah tenteranya..." (HR Imam Ahmad bin Hanbal)


Keyakinan mereka teguh dengan janji Allah.


"Jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong kamu dan memperteguhkan kedudukanmu"
-surah muhammad:7-


             Dulu,para sahabat R.A takut utk dipilih menjadi pemimpin,tapi sekarang orang berlumba-lumba nak jadi pemimpin.Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).


Inilah pimpinan yang kita mahukan untuk memimpin negara.



    Salahsatu kekuatan pemimpin yang perlu kita tengok ialah ke-Imanan,ke-Taqwaan,ke-Ilmuan dan lain-lain.Itulah 'senjata' umat Islam dalam memimpin rakyatnya kearah kesejahteraan ukhrawi dan duniawi..
   Dan,Pengikutnya pula perlulah taat terhadap pemimpin yang dipilihnya selagimana ianya tidak melanggar perintah Allah.Oleh itu,sebelum memilih pemimpin kita perlu dan wajib mengkaji latar belakang pemimpin dan persatuan-persatuan tersebut.Pemimpin yang mengikut panduan Islam wajiblah kita sokong,kerana orang yang membawa Islam yang syumullah akan merubah negaranya kearah lebih baik in shaa Allah...

           Ana pun nk ambil kesempatan dalam PRU-13 ne,Jom g mengundi dan mengundi itu adalah tanggungjawab kita semua..Ingatlah,memilih pemimpin yang adil dan amanah akan membawa satu perubahan   kearah Mardhotillah/keredhaan Allah dan pilihan kita akan dipertanggungjawabkan di  hadapan Allah kelak.